Skip to main content

Berita

Inovasi Pelajar CeDS Cemerlang di Fusion 2023 Student Design Competition (SDC)

Oleh Ts Inv Dr Rafizah binti Mohd Hanifa
11 September 2023, 8:16 pm
Inovasi Pelajar CeDS Cemerlang di Fusion 2023 Student Design Competition (SDC)

PAGOH: Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus gemilang di Fusion 2023 Student Design Competition (SDC) apabila berjaya memperolehi tiga anugerah iaitu, Best of the Best Undergraduate (Development Category), 1st Place SDC (Undergraduates – Development Category) dan Penarafan Emas menerusi projek bertajuk Revolutionizing Islamic Education for Hearing-Impaired Students: The Interactive Approach of "Mari Belajar Pai" Towards Sustainable Development Goal 4.

Pencapaian pasukan projek ini yang diselia oleh Ts Inv Dr Rafizah binti Mohd Hanifa dan terdiri daripada pelajar, Aiman Hanif bin Dolah, Amierrul Farish bin Osfairulazmir dan Atikah binti Azudin membuktikan pelajar Diploma mampu bersaing bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Pertandingan ini yang memasuki tahun keempat merupakan anjuran MyHCI-UX, persatuan berorientasikan bukan keuntungan yang bersemangat dalam mewujudkan kesedaran untuk HCI dan UX di Malaysia diadakan pada 9 September 2023 secara atas talian.

Pertandingan ini mengehendaki pelajar untuk menyediakan extended abstract, poster, video berdurasi 5 minit dan pembentangan secara atas talian yang dinilai oleh juri profesional yang terdiri daripada staf akademik dan pihak industri.

Selain itu, empat projek lain daripada pelajar Jabatan Teknologi Maklumat turut mencapai kejayaan dengan memperolehi penarafan perak dan gangsa seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

PenarafanProjekNama Penyelia dan Pelajar
Revolutionizing Islamic Education for Hearing-Impaired Students: The Interactive Approach of "Mari Belajar Pai" Towards Sustainable Development Goal 4 Ts Inv Dr Rafizah binti Mohd Hanifa, Aiman Hanif bin Dolah, Amierrul Farish bin Osfairulazmir, Atikah binti Azudin
Handwriting Disorder Learning Application for Spatial Dysgraphic Children Dr Hazwani binti Rahmat, Rassenda Anak Ngerantalvivian, Eye Yee Hooi, Nur Aqilah binti Annuar
Online Supervisor Finder for Final Year Project (FYP) Dr Hazwani binti Rahmat, Ong Jia Wei, Le Yong Xiang, Foong Yit Quan
Personal Health Records (PHR) for the Exchange of Information Across Healthcare Institutions to Facilitate Communication with Healthcare Professionals) Dr Hazwani binti Rahmat, Nurul Suffiyah binti Sa'dunwan Nur Shafawati binti Wan Ghazalisabrina, Sasha Izzati binti Zubaile
Enhancing Water-Use Efficiency in Agriculture: Design and Evaluation of a Smart Crop Watering System (SCWS) – Prototype Ts Inv Dr Rafizah binti Mohd Hanifa, Ganesh Raaj Arumugam, Vasanthavanan Kumar, Nurin Akma Alya Muhammad Akmal