Skip to main content

Berita

Pameran Robot dan Projek Mikropengawal Meriahkan Karnival STEM di SMK Bukit Batu

Oleh Dr Mohd Nurul Al-Hafiz bin Sha'abani
14 September 2023, 4:00 pm
Pameran Robot dan Projek Mikropengawal Meriahkan Karnival STEM di SMK Bukit Batu

KULAI: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dijemput oleh SMK Bukit Batu membuat Pameran Robot dan Projek Mikropengawal sempena minggu Karnival STEM di sekolah tersebut pada 13 September 2023.

Tujuan program ini adalah untuk memberikan perkongsian dan pendedahan aplikasi yang berasaskan kejuruteraan dan teknologi elektrik kepada para pelajar sekolah agar dapat mendorong para pelajar untuk lebih meminati bidang yang berkaitan sains dan teknologi.

Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara pihak UTHM dan sekolah, melalui program dan aktiviti untuk membimbing tenaga pengajar dan pelajar dalam bidang berkaitan STEM.

Ini secara tidak langsung merupakan satu kaedah promosi yang dapat meningkatkan visibiliti UTHM, CeDS terutamanya dan menyumbang kepada kemasukan pelajar kelak.


Pameran Robot dan Projek Mikropengawal