Skip to main content

Berita

Karya Animasi Pelajar CEDS Disenarai Pendek Sebagai Finalis 25th DiGiCon6 Asia Awards 2023 Malaysia Circuit

Oleh Encik Mohd Suhaimi bin Md Yasin
29 September 2023, 3:20 pm
Karya Animasi Pelajar CEDS Disenarai Pendek Sebagai Finalis 25th DiGiCon6 Asia Awards 2023 Malaysia Circuit

KUALA LUMPUR: Pertandingan 25th DiGiCon6 Asia Awards 2023 Malaysia Circuit ini dianjurkan oleh Tokyo Broadcasting System Holdings Inc. (TBS Japan) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan diadakan pada 28 September 2023 bertempat di Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre.

Tahniah kepada karya Mythosia: Pinggan telah menempatkan diri sebagai finalis pertandingan.

Mythosia: Pinggan

Hampir keseluruhan kategori dimenangi oleh syarikat-syarikat animasi terkenal di Malaysia seperti Animasia Animation Studio Malaysia dan peserta antarabangsa dari sekitar Asia seperti Singapura, Filipina dan beberapa negara Asia lain.

Tahniah pelajar Diploma Teknologi Animasi (DAG), Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kerana disenaraikan sebagai finalis dan menempatkan karya sebaris produk animasi industri tempatan di Malaysia dan Asia umumnya.

Dengan kejayaan menempatkan diri sebagai finalis pertandingan, ianya telah mengharumkan nama UTHM.