Skip to main content

Berita

Perkongsian Berkenaan Latihan Sijil Kompetensi Pegawai Latihan Vokasional

Oleh Dr Mohd Khairul Nizam bin Mohd Zuhan
03 Oktober 2023, 10:23 am
Perkongsian Berkenaan Latihan Sijil Kompetensi Pegawai Latihan Vokasional

PAGOH: Satu program iaitu Perkongsian Berkenaan Latihan Sijil Kompetensi Pegawai Latihan Vokasional telah dijalankan pada 2 Oktober 2023 bermula dari jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari di Bilik Mesyuarat 6, UTHM Pagoh oleh Jawatankuasa Pembangunan Staf, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Program perkongsian ini telah disampaikan oleh Ts Dr Mohd Hasril bin Amirrudin, beliau merupakan Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM.

Program yang berlangsung hampir selama tiga jam melibatkan kehadiran seramai 26 orang peserta yang terdiri dari staf akademik CeDS daripada pelbagai jabatan dan telah dikelolakan dengan jitu oleh Dr Muhammad Azraie bin Abdul Kadir dari Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai moderator disokong oleh beberapa ahli jawatankuasa yang lain.

Antara objektif program ini adalah bagi berkongsi peranan sebagai seorang pegawai latihan bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) termasuk strategi pengajaran vokasional yang efektif dan pembangunan program akademik, serta modul latihan yang berkualiti.

Program ini juga memberi penekanan kepada teknik penilaian kompetensi.

Melalui platform ini, diharapkan ramai pensyarah dan pengajar di CeDS ini akan cenderung untuk memohon pegawai latihan TVET melibatkan pelbagai bidang kemahiran dan menjadikan mereka lebih berkelayakan sebagai pengajar dan pembimbing vokasional.

Seiring dengan hasrat untuk menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja yang berkualiti, program ini memberi ruang kepada para peserta untuk soal jawab dan berbincang mengenai kerangka permohonan pegawai latihan TVET dengan lebih mendalam kepada bidang kepakaran masing-masing.

Borang soal selidik kajian daripada penceramah turut dikongsikan bersama peserta bagi mengetahui lebih mendalam akan permasalah serta cabaran yang dihadapi.

Semua peserta telah memberi kerjasama yang baik dengan juga turut berkongsi pengalaman masing-masing yang diharap dapat dicadangkan kepada pihak pengurusan CeDS.