Berita
Perkembangan Kerjaya Pensyarah: Strategi Kejayaan
Program "Lecturer Career Growth: Strategies for Success" adalah kesinambungan daripada bengkel Tak Kenal Maka Tak Erat yang telah dilaksanakan oleh Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan (TDPPP), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Ts. Dr. Hazlini binti Dzinun bersama penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM Parit Raja juga selaku mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Objektif program adalah bertujuan untuk memberi motivasi dan semangat kepada staf akademik CeDS dalam pembangunan kerjaya sebagai pensyarah dengan menggunakan potensi diri yang ada bagi setiap pensyarah.
Penceramah menekankan 4 aspek penting dalam perkongsian beliau iaitu sistem kepercayaan, cabaran & realiti, naratif baharu dan melangkah kuat. Beliau juga meminta peserta untuk membuat perancangan pembangunan dan perkembangan kerjaya dalam tempoh awal, pertengahan dan penghujung sebagai seorang pensyarah. Sekiranya perancangan ini dibuat, maka pensyarah tersebut ada matlamat yang ingin dicapai melalui strategi yang perlu dirancang dengan sebaiknya. Selain itu, penceramah juga berkongsi beberapa buah buku yang dicadangkan untuk dibaca, antaranya adalah menyuburkan kembali jiwa academia, menghayati budaya ilmu, saya ada 25 jam sehari, academic duty dan sebagainya.
Program ini berlangsung pada 05 Oktober 2023 selama 3 jam dan disertai oleh 20 orang staf akademik yang dijemput khusus oleh TDPPP. Program seperti ini amatlah baik diteruskan bagi menambah nilai kepada pensyarah bagi menjiwai nilai kerjaya mereka sebagai seorang ahli akademia.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor