105 Pelajar DAE Laksana SULAM di Tiga Buah Sekolah
Oleh Ts Mohd Muzaffar bin Zahar
01 November 2023, 3:47 pm
PAGOH: Selesai perlaksanaan program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) 2023 bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Pusat Pengajian Diploma (CeDS) yang melibatkan tiga buah sekolah di daerah yang berbeza.
Program SULAM kali ini melibatkan 108 orang pelajar tahun 2 Diploma Kejuruteraan Elektrik (DAE) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Muar; SMK Dato' Menteri, Ayer Hitam dan SMK Tun Sri Lanang, Tangkak.
Para pelajar tingkatan 2 yang terlibat telah diberi pendedahan untuk mengatur cara dan mengoperasi Mikropengawal Arduino Uno dengan tiga modul yang berbeza.
Semoga program ini dapat menarik minat para pelajar sekolah untuk meneruskan pembelajaran di dalam bidang Sains dan Teknologi kelak.
Tahniah kepada Dr Mohd Nurul Al-Hafiz selaku Pengarah Program, barisan pensyarah JKE yang turut turun membantu serta para pelajar JKE yang bertindak sebagai pemudah cara (fasilitator) pada program kali ini.