Skip to main content

Berita

CeDS Anjur SULAM Digital Entrepreneurship Workshop Bersama SMK Bukit Gambir

Oleh Dr Syarizul Amri bin Mohd Dzulkifli
28 November 2023, 4:02 pm
CeDS Anjur SULAM Digital Entrepreneurship Workshop Bersama SMK Bukit Gambir

BUKIT GAMBIR: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program SULAM CeDS 2023: Digital Entrepreneurship Workshop yang telah dijalankan di SMK Bukit Gambir. Program berbentuk khidmat masyarakat ini melibatkan kerjasama antara pelajar Diploma Teknologi Maklumat dan pelajar tingkatan 4 SMK Bukit Gambir yang mengambil bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Program ini merupakan sebahagian daripada penilaian bagi Subjek Konsep Multimedia yang diambil oleh mahasiswa/i Diploma Teknologi Maklumat. Secara tidak langsung program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam Canva kepada pelajar sekolah.

Seramai 150 peserta telah menyertai program ini, terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dari SMK Bukit Gambir dan 30 mahasiswa/i tahun pertama Diploma Teknologi Maklumat. Peserta-peserta dalam program ini dibahagikan dalam beberapa Kumpulan dan terlibat dalam pertandingan bagi menghasilkan poster dan video menggunakan aplikasi Canva. Hasil daripada temu bual pada penghujung program menunjukkan reaksi yang positif daripada pelajar sekolah. Mereka menyatakan kesungguhan dan keinginan untuk mengejar minat dalam menggunakan aplikasi Canva pada masa akan datang.

Program ini dikelolakan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat, CeDS, Ts Dr Noordiana Binti Kassim @ Kasim dan pengarah program, Dr Syarizul Amri bin Mohd Dzulkifli, bersama beberapa orang pensyarah Diploma Teknologi Maklumat dan guru-guru yang ada kaitan dengan bidang teknologi maklumat dari SMK Bukit Gambir. Program ini menunjukkan kesungguhan universiti dalam menjayakan inisiatif Services-Learning Malaysia–University for Society (SULAM) yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti serta memupuk hubungan kerjasama antara institusi pendidikan bagi meningkatkan pemahaman dan minat pelajar-pelajar sekolah dalam bidang keusahawanan.