Berita
Lawatan Penanda Aras Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia UTHM ke UiTM Kampus Bukit Besi Dungun
DUNGUN: Pada 9 November 2023, Jabatan Sains dan Matematik (JSM) telah mengadakan lawatan Penanda Aras program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia ke UiTM Bukit Besi Dungun untuk mendapatkan pengalaman berkaitan Akreditasi ETAC.
Lawatan ini juga merupakan timbal balas kepada lawatan pihak UiTM terhadap program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia UTHM pada 13 Januari 2022 di Pagoh.
Untuk rekod, Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia UTHM telah berjaya mendapat Akreditasi 6 tahun dari ETAC bermula tahun 2021 sehingga 2026.
Lawatan Penanda Aras ini telah dihadiri seramai 6 orang staf akademik yang terdiri dari Ketua Jabatan Sains dan Matematik iaitu Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik, Ketua Program iaitu Cik Nur Shahirah binti Mohd Aripen dan 4 staf akademik dari program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia.
Melalui lawatan ini kumpulan kami memperolehi pelbagai maklumat bagi menambahbaik dokumentasi dan kandungan akademik program sesuai dengan keperluan semasa ETAC.
Pihak Jabatan Sains dan Matematik mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak UiTM Bukit Besi kerana sudi menerima kunjungan kami dan berharap dengan lawatan ini dapat memantapkan lagi kandungan akademik serta dokumentasi kami disamping dapat mengeratkan silaturahim di antara kedua-dua belah pihak.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor