Skip to main content

Berita

CeDS Ringankan Beban Pelajar Ekoran Kemalangan

Oleh Ts Dr Norhayati binti Ngadiman
22 Disember 2023, 7:51 pm
CeDS Ringankan Beban Pelajar Ekoran Kemalangan

PAGOH: Sebuah majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga pelajar tahun 2 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM), Saudara Norjawal Firdaus yang mengalami kemalangan jalan raya pada 17 Disember 2023, telah diadakan di Kolej Kediaman Kampus Pagoh (KKKP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Alhamdulillah, keadaan pelajar semakin baik dan telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Segamat.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar CeDS, Ts Dr Norhayati binti Ngadiman.

Turut hadir sama Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Dr Noor Azizah binti Sidek dan Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) pelajar, Puan Hafsa Noor binti Mohammad Noor.

Semoga pelajar dikurniakan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan.