Skip to main content

Berita

Bengkel Penerbitan MyCite

Oleh Dr Hazwani binti Rahmat
07 Mac 2023, 2:28 pm
Bengkel Penerbitan MyCite

PAGOH: Seramai 50 perserta yang merupakan staf akademik Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah menyertai Bengkel Penerbitan MyCite anjuran Jawatankuasa Penerbitan.

Dr Siti Amira binti Othman selaku penceramah program berkongsi tips dan panduan kepada staf akademik berkenaan teknik penulisan bagi mencapai tahap jurnal MyCite.

Peserta juga turut didedahkan dengan kaedah mencari jurnal MyCite yang bersesuaian bagi menerbitan artikel.

MyCite merupakan indeks bibliografik yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 untuk penerbitan artikel di dalam bidang sains, teknologi, perubatan, sosial sains dan kemanusiaan.

Terdapat lebih daripada 500 jurnal Malaysia berteks penuh yang boleh dicapai dari MyCite.

Platform ini merupakan inisiatif dalam membantu penyelidik Malaysia dalam mengenalpasti kepakaran, bidang yang berpotensi untuk menjalankan kolaborasi, dan menggalakkan penggunaan dan petikan.

Semoga kata-kata semangat dari penceramah dapat dijadikan inspirasi kepada staf dalam penulisan dan mempelopori penerbitan di jurnal MyCite.

Tahniah kepada Jawatankuasa Penerbitan CeDS di atas liputan program yang komprehensif.