Skip to main content

Berita

Pelajar CeDS Teroka Peluang Ceburi Keusahawanan Digital di CeDS Business Talk 2023: Young Digital Entrepreneurs

Oleh Dr Raudah binti Mohd Adnan
20 Disember 2023, 12:01 pm
Pelajar CeDS Teroka Peluang Ceburi Keusahawanan Digital di CeDS Business Talk 2023: Young Digital Entrepreneurs

PAGOH: CeDS Business Talk 2023: Young Digital Entrepreneurs bertemakan keusahawanan digital anjuran Jawatankuasa Keusahawanan dan Ekonomi, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (DAE) yang berlangsung pada 17 Disember 2023 telah membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan digital.

Program ini telah dijayakan oleh seramai 107 orang pelajar tahun dua, Diploma Kejuruteraan Elektrik, UTHM.

Program ini juga telah menggalakkan keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan semasa dalam pengajian di UTHM.

Program yang berlangsung secara maya telah memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran perniagaan digital secara praktikal kepada para pelajar melalui perkongsian strategi dan teknik yang berkesan dalam keusahawanan digital.

Program ini juga telah berjaya menarik minat pelajar mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan digital melalui perkongsian dari penceramah jemputan iaitu Dr Mohd Zulariffin bin Md Maarof, selaku Pengarah Urusan Infinite Victory Consultancy Sdn Bhd.

Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam keusahawanan digital dan terbukti melalui kejayaan keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat miliknya.

Dengan perkongsian secara menyeluruh dan praktikal diharap para pelajar dapat mendalami ilmu keusahawanan digital dengan lebih mendalam dan meneroka peluang mengikut tren perniagaan masa kini.

Penglibatan para pelajar secara aktif semasa program berlangsung menunjukkan minat pelajar untuk menceburi bidang ini dan pelbagai ilmu telah dikongsi oleh Dr Mohd Zulariffin dengan jayanya.

Justeru, dengan perlaksanaan program ini keterlibatan mahasiswa CeDS secara aktif dalam aktiviti perniagaan digital semasa dalam pengajian adalah sebagai strategi membantu pelajar dalam meningkatkan ekonomi mereka disamping menarik minat ke arah mencipta peluang yang lebih berani dengan menawarkan peluang kerjaya.