Berita
STFoundation-ITecH Bersama Merapatkan Jurang Digital di Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat
MUAR: Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh STFoundation, milik syarikat STMicroelectronics, dengan kerjasama Kumpulan Fokus (FG) ICT for Technology Humanization (ITecH) dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat setempat. Program ini berlangsung selama 3 hari, bermula pada 18 Januari 2024 di Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar, Johor.
Program CSR ini memberi tumpuan kepada 50 orang murid Tahap 1 dan Tahap 2 dari sekolah berkenaan. Disepanjang program, murid-murid terlibat dalam pelbagai aktiviti dan sesi pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan literasi digital mereka. Modul-modul yang disediakan merangkumi aspek-aspek seperti pengenalan kepada perisian Libre Office termasuk penggunaan Word, Excel dan PowerPoint serta kemahiran penggunaan pelbagai aplikasi menggunakan iPad.
Ketua FG ITecH, Ts Inv. Dr Shelena Soosay Nathan berkata, "Kerjasama ini adalah satu langkah positif dalam menyokong pendidikan dan pembangunan masyarakat. Melalui program CSR ini, kami berharap untuk melihat peningkatan ketara dalam kemahiran teknologi di kalangan pelajar, membantu mereka menjadi lebih bersedia menghadapi cabaran dunia digital". Selain itu, guru-guru yang terlibat juga memberikan maklum balas yang positif terhadap program ini. Ianya bukan sahaja memberi manfaat kepada murid-murid tetapi juga memberi dorongan positif kepada pendidikan di sekolah.
Program CSR ini bukan hanya memberikan pengetahuan kepada murid-murid, tetapi juga membina jalinan kerjasama yang kukuh antara syarikat, Institusi Pengajian Tinggi, dan komuniti setempat. Dengan kejayaan program ini, diharapkan usaha serupa dapat diteruskan untuk merapatkan jurang digital dan menyokong pembangunan pendidikan di seluruh negara.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor