Skip to main content

Berita

144 Pelajar CeDS Mendapat Pensijilan Profesional MAGICX Augment and Virtual Reality Developer Certification

Oleh Cik Bakhreza binti A. Talip
17 Disember 2023, 6:19 pm
144 Pelajar CeDS Mendapat Pensijilan Profesional MAGICX Augment and Virtual Reality Developer Certification

PAGOH: Seramai 150 orang pelajar dan alumni Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai Program Pensijilan Profesional Augment and Virtual Reality Developer Certification dari Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program ini dilaksanakan dalam 3 sesi dari 27 November 2023 hingga 15 Disember 2023 bertempat di Perpustakaan Gunasama Hub Pendidikan Tinggi Pagoh.

Program ini ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dibawah inisiatif KPT-PACE yang diketuai oleh pensyarah CeDS, Cik Bakhreza binti A. Talip.

Program ini memberi pendedahan intensif kepada prinsip asas teknologi imersif Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR) serta pendedahan dan penguasaan asas kemahiran digital Unity.

Program ini juga menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas teknologi AR dan VR serta kompetensi digital Unity yang diiktiraf global.