Skip to main content

Berita

Lawatan ke Loji Rawatan Air Syarikat Air Negeri Sembilan

Oleh Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik
06 Mei 2024, 4:24 pm
Lawatan ke Loji Rawatan Air Syarikat Air Negeri Sembilan

SUNGAI LINGGI: Program lawatan sambil belajar ke Loji Rawatan Air Syarikat Negeri Sembilan (SAINS) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 Mei 2024 secara bersemuka. Program anjuran Jabatan Sains dan Matematik (JSM), dengan Kerjasama Kumpulan focus Sustainable and Renewable Resources (SURE) Pusat Pengajian Diploma (CeDS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pihak SAINS telah berjalan dengan lancar.

Penglibatan yang komprehensif terdiri daripada 65 orang pelajar siswa-siswi tahun 2 program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) dengan seliaan tiga pensyarah pengiring.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para pelajar mengenai kursus Teknologi Rawatan Air Sisa (DAK20803).

Pelajar didedahkan dengan proses rawatan air sisa merangkumi aspek fizikal, kimia dan biologi seperti mana yang diaplikasikan di industri SAINS.

Hasilnya, para pelajar DAK dapat memperkukuhkan kefahaman mereka mengenai fungsi, mekanisme dan kaedah pengurusan air sisa dalam industri dan kepentingan rawatan air sisa dalam kehidupan seharian masyarakat.

Pada hari kejadian, sesi taklimat telah diberikan oleh Encik Yusri berkaitan cara pengurusan air sisa di industri.

Ilmu yang diperoleh mengenai industri melalui tugasan dan amali di universiti dapat diaplikasikan dan diterapkan oleh pelajar dalam kerjaya yang dipilih.

Selain sesi taklimat itu, pelajar telah didedahkan dengan lebih terperinci tentang kaedah rawatan sisa air dan juga aplikasinya dengan mengadakan lawatan ke tempat pengurusan air sisa di dalam industri tersebut.

Kesannya, hubungan antara pelajar dengan industri akan lebih erat sekali gus memudahkan pelajar untuk menambah maklumat mengenai Latihan Industri dan peluang pekerjaan pada masa akan datang.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas usaha para pelajar siswa-siswi dan pensyarah yang telah memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat kerjasama dengan pihak SAINS.


Lawatan ke Loji Rawatan Air Syarikat Air Negeri Sembilan