Berita
Aktiviti Khidmat Masyarakat CeDS Bersama SK Kota Raja, Panchor
PAGOH: Aktiviti Khidmat Masyarakat telah dijalankan pada 27 Jun 2024 oleh Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diselia oleh Dr Rosfuzah binti Roslan.
Khidmat Masyarakat tersebut melibatkan sumbangan beberapa aplikasi pembelajaran komputer (PC), hasil Projek Akhir Diploma 2024 pelajar Diploma Teknologi Maklumat (DAT), kepada SK Kota Raja, Panchor.
Sehubungan itu, sesi deployment aplikasi-aplikasi tersebut turut dilaksanakan di Makmal Komputer sekolah yang melibatkan sebanyak 27 komputer riba dan tiga komputer meja.
Terdapat empat aplikasi komputer yang telah dibangunkan oleh 11 pelajar tahun akhir iaitu (i) aplikasi permainan latih tubi tatabahasa Bahasa Melayu bagi Tahap 2 (Sintaksis), (ii) aplikasi permainan latih tubi Matematik bagi Tahap 1 (KembaraMatik), (iii) aplikasi permainan aksi-pengembaraan nilai murni Islam bagi Tahap 2 (Penaklukan Birgad), dan (iv) aplikasi pembelajaran dan simulasi uji kaji Sains Darjah 5 (Cerdik Sains).
Tiga aplikasi pembelajaran adalah berdasarkan rujukan buku teks dan silibus pembelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), manakala satu aplikasi permainan yang mempromosikan nilai murni dan akhlak Islam adalah berdasarkan rujukan Al-Quran dan Hadis.
Sasaran pengguna bagi produk-produk ini adalah murid sekolah rendah yang mana boleh dimanfaatkan ketika sesi penggunaan komputer di makmal komputer sekolah.
Aplikasi-aplikasi pembelajaran tersebut turut boleh bertindak sebagai alat bantu mengajar digital.
Kesemua projek tahun akhir ini adalah di bawah seliaan Dr Rosfuzah binti Roslan dari Jabatan Teknologi Maklumat, CeDS, UTHM.
Kesemua aplikasi tersebut terlebih dahulu melalui sesi pengujian oleh murid-murid dari SK Saujana Impian di Kajang, Selangor, SK Kampung Melayu di Kluang dan SK Kota Raja, Panchor, Johor.
Aktiviti Khidmat Masyarakat ini menunjukkan kesungguhan CeDS UTHM dalam menjalin kerjasama dengan komuniti setempat serta menghasilkan graduan yang berilmu dan beramal dengan memberi manfaat kepada masyarakat.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor