Berita
Pasar Produk Gano Excel Malaysia ke Platform Amazon dan eBay
PAGOH: Export Oversea Academy (EOA) berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat Gano Excel Malaysia bagi merealisasikan impian melahirkan lebih ramai jutawan tempatan menerusi platform e-dagang terbesar dunia, Amazon dan eBay.
EOA yang merupakan syarikat terbitan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dipelawa melawat Ladang Organik Ganoderma Terbesar Dunia dan kemudahan kompleks kilang pengeluaran produk tempatan itu di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Gano Excel yang diasaskan oleh Encik Leow Soon Seng sejak 1983 terlibat dalam penanaman, penghasilan, dan pengedaran produk-produk yang berasaskan Ganoderma lucidum, sejenis cendawan yang dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.
Syarikat itu memenuhi standard piawaian antarabangsa serta mendapat pengiktirafan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Amalan Perkilangan Baik (GMP).
Gano Excel menawarkan pelbagai produk seperti kopi, teh, minuman kesihatan, suplemen makanan, dan produk penjagaan peribadi.
Sehingga kini, syarikat itu berjaya melebarkan sayap perniagaannya bukan sahaja di pasaran Asia, malah ke benua Amerika, Eropah dan Afrika serta mendapat sambutan baik di peringkat antarabangsa.
Pengarah Urusan EOA, Dr Mohd Zulariffin bin Maarof berkata, dengan rekod kecemerlangan syarikat Gano Excel Malaysia serta kejayaan pihaknya yang sudah melatih lebih 40,000 usahawan e-dagang dari dalam dan luar negara, impian yang dicita-citakan tidak mustahil menjadi kenyataan.
“Produk (Gano Excel) yang dihasilkan tak berapa popular di pasaran Malaysia.
“Tetapi pengeluarannya mencecah 30 kontena setiap kali dieksport untuk memenuhi permintaan di luar negara.
“Dengan strategi pemasaran secara berbilang tingkat (MLM) dan melalui online e-dagang ini, produk ini tak perlu diperkenalkan lagi.
“Sudah menembusi pasaran di 70 buah negara, menjadikan produk ini sangat popular di platform Amazon dan eBay”, katanya.
Hadir sama dalam pertemuan itu ialah; Pengasas dan Presiden Gano Excel Malaysia, Encik Lew Soon Kiak; Pengarah Eksekutif, Tuan Haji Abd Malek bin Abd Razak; Ketua Jabatan Pemasarannya, Encik Haslah bin Hashim dan Pembantu Pengurus (Latihan), Encik Azizi bin Mohamad.
Selepas ini, satu pertemuan rasmi dijangka akan diadakan dalam masa terdekat bagi merangka pelan pemasaran dan jualan bersama sekali gus memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara kedua pihak.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor