Skip to main content

Berita

Kursus Origin for Beginners Dedah Ahli Akademia Kepada Perisian Analisis Data Kajian

Oleh Cik Nur Shahirah binti Mohd Aripen
27 Ogos 2024, 10:45 am
Kursus Origin for Beginners Dedah Ahli Akademia Kepada Perisian Analisis Data Kajian

PAGOH: Kursus “Origin for Beginners” telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 Ogos 2024 secara fizikal sepenuhnya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh. Kursus ini merupakan anjuran Jabatan Sains dan Matematik (JSM) melalui Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dan kumpulan fokus Sustainable and Renewable Resources Research Group (SURE) telah berjaya menarik minat hampir 19 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan juga pelajar pasca siswazah UTHM.

Kursus ini memfokuskan kepada pengenalan kepada penggunaan Origin untuk menganalisis data-data kajian. Peserta juga didedahkan kepada pengetahuan asas mengenai Origin sebelum melakukan analisis data dan pendedahan kepada jenis-jenis data melalui pendekatan penggunaan Origin. Tambahan lagi, peserta juga didedahkan penggunaan Origin secara amali dan coaching basis semasa kursus ini dijalankan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada penceramah kursus tersebut iaitu Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik kerana sumbangan yang diberikan dalam menjayakan kursus ini. Tidak ketinggalan juga, ucapan ribuan terima kasih di atas usaha dan setiap kerjasama yang dicurahkan oleh para fasilitator iaitu Ts Nurul Izzati binti Mohd Ismail, Puan Basirah binti Fauzi dan Cik Nur Shahirah binti Mohd Aripen dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik.