Berita
Lebih 300 Pelajar Sekolah Menengah Sekitar Batu Pahat Hadir ke Reruai Promosi UTHM di SMK Tunku Putra
TONGKANG PECAH: Lebih 300 pelajar dari pelbagai sekolah menengah di sekitar kawasan Parlimen Seri Gading hadir menjayakan program Karnival Pendidikan SPM dan STPM yang diadakan hari ini di Dewan Terbuka, SMK Tunku Putra, Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan selaku Ahli Parlimen Seri Gading. Dalam ucapan perasmian, beliau turut memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan sebagai tonggak kemajuan masa depan negara.
Karnival pendidikan yang julung kali dianjurkan ini oleh SMK Tunku Putra bertujuan memberi pendedahan serta bimbingan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Pelbagai aktiviti menarik diadakan, termasuk taklimat dan pameran dari setiap institusi pengajian tinggi.
UTHM turut dijemput bersama-sama membuka booth dengan dihadiri oleh pegawai pemasar iaitu Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Puan Suriawati binti Suparjoh dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), dan urus setia Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Encik Mohamad Nur Eman bin Shahfri, Cik Nurul Najwa Shahirah binti Ayub dan Cik Izzah Nurina binti Rahmat.
Reruai UTHM antara yang mendapat sambutan yang menggalakkan dimana rata-ratanya dari pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 bertanyakan minimum keputusan bagi melayakkan pemilihan program yang diminati yang ditawarkan oleh UTHM di peringkat Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda.
Pelajar yang hadir turut menyatakan rasa gembira kerana mendapat peluang berinteraksi dengan pelbagai penceramah berpengalaman dan pakar dalam bidang pendidikan. Mereka berharap program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan sebagai sokongan untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan.
Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat membantu pelajar lebih bersedia dan fokus dalam pelajaran yang menjadi syarat keperluan minimum bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kelak.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor