Berita
Ziarah Kasih, Menyantuni Insan Memerlukan
PAGOH: Pasukan NGO Muafakat Care, diketuai oleh Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkesempatan menziarahi seorang makcik warga emas yang tabah menjaga anaknya, seorang OKU yang kehilangan sebelah kaki. Walaupun kekurangan fizikal, anak makcik ini tetap gigih bekerja demi kelangsungan hidup keluarga.
Namun begitu, cabaran hidup mereka tidak mudah. Anaknya sering terjatuh motor dalam perjalanan ke tempat kerja, namun semangatnya tak pernah luntur. Ketabahan mereka ini amat menyentuh hati kami.
Dalam lawatan ini, kami menyampaikan sedikit sumbangan kebajikan hasil keprihatinan rakyat. Semoga ia dapat meringankan sedikit beban mereka sekeluarga.
Doakanlah mereka terus kuat dan dipermudahkan segala urusan. Kami juga menyeru semua untuk terus menyokong usaha-usaha kebajikan seperti ini agar lebih ramai insan yang memerlukan dapat disantuni.
Sertai usaha murni ini dengan menyumbang ke Foodbank4Asnaf. Setiap sumbangan memberi makna yang besar!
Sedekah sekarang:
- Bank: Maybank
- Nombor akaun: 5510 4353 5257
- Rujukan: foodbank
- Link: https://ezy.la/sedekahfoodbank
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor