MUAR: Program ini dijayakan melalui kaedah gotong royong yang dianjurkan oleh NGO Dar Solihin Muar dengan mendapat kerjasama Pengerusi Surau Parit Beting Encik Amirul Bin Kahar dan Masyarakat setempat. Turut hadir Ts Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Salah sebuah rumah asnaf di Taman Ria, Jalan Salleh Muar telah dikenal pasti untuk dibaiki dan dibersihkan.
Kerja-kerja gotong royong hari ini lebih tertumpu kepada kerja-kerja membersihkan kawasan sekitar rumah, memotong pokok , membasuh lantai bahagian dapur dan tandas.
Program seperti ini akan terus diberi perhatian oleh NGO Dar Solihin Muar untuk membantu golongan asnaf agar kehidupan mereka bersama keluarga lebih baik dari sebelumnya.
Jom ikuti perkembangan kami di pautan berikut.