Berita
Syarahan Industri DAK: New Technology in Wastewater Treatment

PAGOH: Program Syarahan Industri bersama panel penasihat industri program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) anjuran Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma, telah diadakan pada 24 November 2024. Seramai 67 pelajar Tahun 2 program DAK, bersama 9 pensyarah JSM, telah mengambil bahagian dalam program syarahan perdana ini. Syarahan ini disampaikan oleh Puan Nor Jannatun Adni binti Ibrahim, merupakan jurutera rawatan air sisa daripada Samtec Plating (M) Sdn Bhd dengan tajuk New Technology in Wastewater Treatment.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi rawatan air yang diaplikasikan di industri. Pelajar mendapat gambaran jelas tentang konsep yang dipelajari di bilik kuliah dan aplikasinya di dunia sebenar. Pelajar juga didedahkan kepada inovasi terkini yang boleh diaplikasikan dalam penyelesaian masalah pencemaran air seperti flocculation, membrane technology, electrolysis, reverse osmosis dan sebagainya. Melalui perkongsian pengalaman penceramah, pelajar mendapat motivasi untuk meneroka bidang kerjaya dalam rawatan air dan alam sekitar. Program ini juga dapat memperkukuh hubungan antara universiti dan pihak industri, membuka peluang kerjasama yang holistik pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, program ini memberi impak positif kepada pelajar dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk menghadapi cabaran dalam industri. Disarankan agar program seumpama ini diteruskan dengan kerjasama pihak industri bagi meningkatkan kualiti pendidikan teknikal dan vokasional khususnya kepada program DAK.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan…
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B…
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor