Skip to main content

Berita

Sesi Perkongsian: Mengatasi Kebanjiran InoBasi

Oleh Encik Misbahul Muneer bin Abd Rahman
09 Disember 2024, 10:37 am
Sesi Perkongsian: Mengatasi Kebanjiran InoBasi

PAGOH: Satu sesi perkongsian pengalaman bersama industri telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Shazinnovation Solution. Panel jemputan bagi program ini ialah Dr Rahmat Shazi, seorang pakar dalam bidang inovasi, dan beliau berkongsi pandangan dan pengalaman beliau mengenai keperluan untuk mengatasi kebanjiran inovasi. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Hubungan Industri, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM pada hari Isnin, 9 Disember 2024 melalui kaedah Google Meet dan telah dihadiri oleh 88 orang peserta.

Program ni bertujuan memberikan pendedahan kepada penyelidik untuk menggerakkan industri dan inovasi yang sedia ada di universiti ke arah industri dan inovasi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Penceramah memulakan perbincangan dengan menerangkan beberapa kaedah untuk pihak penyelidik di universiti menambah nilai dalam kajian mereka. Salah satu teknik untuk bergerak menuju ke arah nilai tambah tahap tinggi ini ialah dengan menerapkan model perniagaan. Model ini tidak hanya menekankan aspek kemahiran, namun menekankan tentang pembangunan sumber manusia. Jika model ini berjaya diterapkan, ia akan menjadi satu kelebihan daya saing buat industri dan inovasi yang dijalankan tersebut.

Penceramah meneruskan perbincangan dengan menerangkan maksud dan elemen inovasi seperti keunikan, pasaran dan pengguna. Peserta juga didedahkan tentang kaedah inovasi terkini yang boleh diaplikasikan dalam penyelesaian masalah seperti innovation value chain, innovation framework development, innovation network, advanced approach in social capital dan problem identification canvas.

Secara keseluruhannya, sesi perkongsian ini memberi impak positif kepada staf dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk menghadapi cabaran dalam industri. Penceramah telah berjaya menyampaikan mesej penting tentang kaedah, konsep inovasi, dan kaedah penyelesaian yang relevan untuk meningkatkan kualiti inovasi bagi mengatasi kebanjiran inovasi. Program seumpama ini wajar diteruskan dengan kerjasama pihak industri yang lain bagi meningkatkan kualiti inovasi khususnya kepada staf CeDS, UTHM.


Perkongsian Pengalaman Dari Industri: Mengatasi Kebanjiran InoBasi