Berita
Faresh Adam Mengharumkan Nama Pusat Pengajian Diploma di Honda Logistics Malaysia (HLMA)

MELAKA: Faresh Adam bin Mohd Fuad, pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang sedang menjalani latihan industri, mencipta sejarah apabila berjaya meraih tempat kedua (1st Runner-Up) dalam kategori berkumpulan dan menerima anugerah Best Presenter dalam program 8Ki HLMA NC Convention.
Program yang berlangsung di Swiss Garden Hotel Melaka dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari ini dianjurkan oleh Honda Logistics Malaysia (HLMA) dengan objektif utama untuk memperkasakan inovasi dalam proses operasi kilang. Antara fokus utama adalah penambahbaikan aspek keselamatan, kemudahan, dan pengurangan kos operasi.
Kejayaan Faresh Adam dan kumpulannya bukan sahaja mencerminkan kebolehan teknikal tetapi juga kebolehan komunikasi yang tinggi, yang merupakan salah satu kriteria penting dalam pertandingan ini.
Program ini berjaya mengumpulkan penyertaan dari pelbagai kumpulan untuk mencetuskan idea-idea inovatif yang dapat memberikan impak positif kepada operasi syarikat. Faresh Adam telah menunjukkan prestasi luar biasa, sekali gus mengharumkan nama CeDS, UTHM.
Pencapaian ini diharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan…
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B…
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor