Berita
MAJIM 2024: CeDS Cemerlang dalam Jaringan Industri dan Komuniti UTHM

PARIT RAJA: Majlis Apresiasi Jaringan Industri & Masyarakat (MAJIM 2024) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. Majlis ini, yang dianjurkan buat pertama kali oleh Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), bertujuan meraikan pencapaian luar biasa para penyelidik dan staf UTHM yang komited membina rangkaian strategik bersama industri dan komuniti.
Dalam majlis tersebut, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah berjaya merangkul tempat dalam Top 5 Anugerah Jaringan Masyarakat Terbaik, satu pencapaian yang membanggakan.
Kejayaan yang dicapai adalah hasil semangat, kerjasama, dan komitmen seluruh warga CeDS. Selain itu, penghormatan tertinggi diberikan kepada Ts. Muhammad Shukri bin Ahmad, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Sosial Terbaik. Kejayaan ini menjadi bukti dedikasi dan usaha gigih beliau dalam melaksanakan aktiviti bersama komuniti.
Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada Felo Perhubungan Masyarakat (FPM), Dr Mohd Nurul Al-Hafiz bin Sha’abani, atas sumbangan masa dan tenaga dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai FPM CeDS.
Dalam majlis tersebut, Yang Berhormat Prof. Dato’ Ir Ts Dr Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM telah memberikan ucapan dan berkongsi aspek SPEED 2025 (Meneroka Keberanian di Luar Kotak), yang membawa maksud:
- S - Strategic: Berani menongkah arus tradisional.
- P - Proactive: Kelajuan sebagai paksi pelaksanaan.
- E - Efficient: Integrasi data dan analitik, merintis era baharu keunggulan.
- E - Empowering: Kreativiti dan kolaborasi antarabangsa, menggenggam peluang di luar horizon.
- D - Dynamic: Membuka pintu masa depan, pemerkasaan bakat generasi muda.
Perincian mengenai SPEED turut dikongsikan melalui platform media sosial rasmi Naib Canselor, sebagai panduan untuk semua pihak memahami, menghayati, dan melaksanakan strategi ini dengan keberanian. Dengan berteraskan prinsip SPEED, adalah diharapkan Pusat Pengajian Diploma khususnya dan UTHM amnya dapat terus berkembang maju dan meraih kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan…
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B…
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor