Berita
Program Ceramah Industri 2025 CeDS: Tingkatkan Potensi Kebolehpasaran Graduan Melalui Kolaborasi Akademik dan Industri

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu program ceramah industri bertajuk Tingkatkan Potensi Kebolehpasaran Graduan melalui Kolaborasi Akademik dan Industri yang disampaikan oleh Encik Muhammad Naquib bin Mohd Tajuddin, seorang perunding industri dari Syarikat Cosmo Skills Sdn Bhd. Ceramah ini bertujuan membuka ruang diskusi antara universiti dan sektor industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui pendekatan kolaboratif dan strategik.
Program ini mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada pihak pengurusan Pusat Pengajian Diploma yang terdiri daripada Dekan, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan serta semua Ketua Program yang hadir untuk mendengar dan berkongsi idea mengenai strategi memperkukuhkan hubungan antara akademik dan industri.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Cosmo Skills Sdn Bhd, Ts Azhar bin Ahamat yang menyokong penuh inisiatif ini dan menekankan kepentingan kerjasama erat dalam memastikan graduan dilengkapi kemahiran yang relevan untuk memenuhi keperluan pasaran kerja.
Acara kemuncak ialah majlis penyerahan endowment oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cosmo Skills Sdn Bhd kepada Dr Muhammad Faizal bin Ismail, Dekan Pusat Pengajian Diploma disaksikan oleh Prof. Madya Dr Afandi bin Ahmad, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Penyerahan ini merupakan simbol komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan pendidikan tinggi dan melahirkan bakat tempatan yang berdaya saing.
Program ceramah ini dijangka menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi strategik yang akan dilaksanakan di masa hadapan, selari dengan usaha UTHM dalam memperkasa agenda kebolehpasaran graduan secara menyeluruh.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan…
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B…
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor