Skip to main content

Berita

Ziarah Prihatin: Semangat Kental Encik Hafis Dalam Mengharungi Ujian

Oleh Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad
04 Februari 2025, 12:25 pm
Ziarah Prihatin: Semangat Kental Encik Hafis Dalam Mengharungi Ujian

PAGOH: Dalam kesibukan mencari rezeki, ada insan yang diuji dengan kesulitan namun tetap cekal berusaha. Encik Hafis, seorang OKU Pelbagai, bukan sahaja menanggung keperluan diri, malah menjaga ibu mertua dan makciknya yang uzur. Walaupun serba kekurangan, beliau tetap berusaha gigih menjalankan perniagaan dalam bidang printing, memenuhi permintaan ramai yang ingin mencetak nama anak-anak pada buku sekolah.

Melihat ketabahan beliau, Muafakat Care yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi yang juga merupakan staf Pusat Pengajian Diploma (CeDS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan foodbank bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.

  • Ketabahan Dalam Ujian, Keberkatan Dalam Usaha
  • Bersama Kita Prihatin, Bersama Kita Bantu

Mungkin bagi kita, ia hanyalah bantuan kecil. Namun bagi mereka yang memerlukan, ia adalah sinar harapan. Jom bersama Muafakat Care, hulurkan tangan dan ringankan beban mereka yang diuji.

Infak sekarang.

Setiap sumbangan, walau sedikit, membawa perubahan besar. Teruskan berkongsi rezeki, semoga Allah melipatgandakan ganjaran buat kita semua.