Berita
Ziarah Prihatin: Keprihatinan dan Kebersamaan Membawa Perubahan

PAGOH: Suatu ketika dahulu, Muafakat Care bersama masyarakat setempat pernah bergotong-royong membersihkan rumah seorang penerima bantuan yang menghadapi pelbagai ujian kehidupan. Alhamdulillah, keadaan rumah kini semakin baik dan selesa untuk didiami. Lebih menggembirakan, dengan sokongan jiran-jiran yang prihatin, rumah ini kini telah dilengkapi dengan meter air baharu, memudahkan urusan harian penghuni sekeluarga.
Kali ini, Muafakat Care, yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi yang juga merupakan staf Pusat Pengajian Diploma (CeDS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, sekali lagi menziarahi mereka untuk melihat perkembangan semasa serta menyampaikan sumbangan bank makanan. Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada mereka.
- Keprihatinan Kita, Kebahagiaan Mereka
- Bantu Membantu, Eratkan Ukhuwah
Walaupun bantuan ini kecil bagi kita, ia membawa makna yang besar bagi mereka yang memerlukan. Mari teruskan menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang diuji.
Infak sekarang.
- Pautan: https://ezy.la/sedekahfoodbank
- Akaun: Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri
- Nombor akaun: 5510 4353 5257
Setiap sumbangan anda adalah asbab keberkatan dan harapan buat mereka yang memerlukan. Semoga Allah melipatgandakan ganjaran buat kita semua.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan…
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B…
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor