Berita
Sesi Perkongsian Pengkomersialan Produk Inovasi Buka Peluang Penjanaan Pendapatan

PAGOH: Jawatankuasa Pembangunan dan KTP, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah menganjurkan Program Perkongsian Pengkomersialan Produk Inovasi secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini menampilkan Prof. Madya Ir Ts Dr Ridhuan bin Yunus, Timbalan Pengarah (Pengkomersialan), Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai penceramah jemputan.
Program yang berlangsung hampir dua jam ini telah disertai oleh para staf akademik CeDS dari pelbagai jabatan. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para staf berkaitan inovasi yang telah dihasilkan di CeDS serta peluang pengkomersialannya.
Sepanjang sesi berlangsung, penceramah telah berkongsi maklumat yang komprehensif dan bermanfaat berkaitan prosedur, polisi serta manfaat yang ditawarkan oleh ICC dalam membantu proses pengkomersialan inovasi. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut dan memahami dengan lebih jelas peluang yang tersedia.
Sebagai Timbalan Pengarah ICC, beliau turut menggalakkan para staf akademik CeDS agar terus aktif dalam bidang inovasi, khususnya melalui penglibatan dalam projek Tahun Akhir pelajar. Beliau turut berkongsi strategi berkesan dalam usaha mengkomersialkan produk inovasi yang telah dan akan dihasilkan oleh staf serta pelajar, agar hasil penyelidikan dan pembangunan tersebut dapat memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
Para staf juga dinasihatkan agar tidak teragak-agak untuk berhubung dengan pihak ICC sekiranya menghadapi sebarang kekeliruan atau cabaran berkaitan inovasi dan pengkomersialan. Usaha ini penting bagi memastikan setiap potensi inovasi dapat direalisasikan dan memberi impak yang positif.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan…
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B…
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor