PAGOH: Satu Taklimat Latihan Industri Siri 1 2025 Jabatan Teknologi Makumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dilaksanakan pada 16 April 2025. Program ini telah dihadiri sekitar 223 orang pelajar secara dalam talian.
Pada sesi taklimat ini, ianya merangkumi penerangan persediaan dan perlaksanaan sepenuhnya latihan industri kepada jurusan Diploma Teknologi Maklumat (DAT) dan jurusan Diploma Teknologi Animasi (DAG). Sesi taklimat dikelola oleh Encik Mohd Suhaimi bin Md Yasin dan Puan Mizani binti Mohamad Madon selaku penyelaras latihan industri.
Semua pelajar, disaran agar bersedia dan terampil dalam melaksanakan latihan industri yang akan bermula sekitar Ogos 2025 dan berakhir sekitar November 2025 dan Januari 2026. Program ini mendapat dokongan sepenuhnya oleh Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat, CeDS Dr Syarizul Amri bin Mohd Dzulkifli.
Dengan berlangsungnya sesi taklimat ini, ianya menjadi panduan dan saranan kepada semua pelajar dalam mewujudkan indikasi motivasi dan sahsiah diri yang terampil dalam melaksanakan latihan industri pada sesi Semester I, 2025/2026.