Skip to main content

Berita

Sesi Perkongsian Hala Tuju Pelajar SPM dan Promosi Program Diploma UTHM di SMK Bandar T6 Kluang Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan

Oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, Fawwaz bin Mohd Nasir
24 April 2025, 11:39 am
Sesi Perkongsian Hala Tuju Pelajar SPM dan Promosi Program Diploma UTHM di SMK Bandar T6 Kluang Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan

KLUANG: SMK Bandar T6 telah menganjurkan satu Program Ceramah Hala Tuju Khas kepada pelajar Tingkatan 5 sebagai persediaan awal menghadapi dunia selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang laluan pendidikan tinggi, khususnya melalui program diploma yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Ceramah telah disampaikan oleh En. Fawwaz bin Mohd Nasir, wakil daripada UTHM, yang membentangkan pelbagai peluang pendidikan di bawah program TVET UTHM. Beliau turut menekankan peranan penting bidang kejuruteraan, teknologi dan vokasional dalam membina kerjaya masa depan yang mampan.

Turut hadir bersama bagi memeriahkan program ialah Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, yang juga merupakan wakil rasmi UTHM. Kehadiran beliau menunjukkan komitmen UTHM dalam menjalin kerjasama dengan pihak sekolah bagi memperkasakan kesedaran pendidikan tinggi dalam kalangan pelajar luar bandar.

Majlis diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada para penceramah oleh Pengetua SMK Bandar T6, Puan Hajah Zalilah, sebagai tanda penghargaan atas kesudian pihak UTHM berkongsi ilmu dan inspirasi kepada warga pelajar.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada UTHM atas kerjasama strategik ini. Diharapkan program seumpama ini dapat membuka mata pelajar terhadap pelbagai peluang kerjaya dan pendidikan selepas SPM, serta menyemai semangat untuk terus cemerlang dalam bidang yang diceburi.