Berita
Sesi Taklimat Tingkatkan Kesiap Siagaan Pelajar DAK dan DAU Jalani Latihan Industri

PAGOH: Satu taklimat Latihan Industri I telah diadakan secara dalam talian dengan kehadiran seramai 109 pelajar.
Taklimat dimulakan dengan pengenalan kursus Latihan Industri (DAK31511 dan DAU25309) kepada pelajar tahun 2 program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) dan Diploma Sains Gunaan (DAU).
Di dalam taklimat ini juga pelajar dimaklumkan secara jelas tentang tempoh latihan industri pelajar, serta panduan dalam mendaftar melalui e-LI.
Pelajar didedahkan secara jelas tentang kepentingan menjalani latihan industri serta implikasi apabila tidak mendaftar Latihan Industri melalui e-LI.
Seterusnya pelajar diterangkan berkaitan kaedah pendaftaran, yang dimulai dengan pendaftaran MyNext di bawah kendalian Talent Corp. Kemudian diterangkan pula pendaftaran melalui e-LI, jumlah syarikat yang boleh dipilih, kaedah pendaftaran syarikat ke dalam e-LI jika syarikat yang ingin dipohon tidak berada dalam senarai syarikat yang didaftarkan di dalam e-LI.
Taklimat diteruskan dengan penerangan tindakan yang perlu diambil setelah selesai mendaftar nama dan syarikat di dalam e-LI, dikongsikan juga dengan pelajar panduan berkomunikasi dengan pihak industri setelah permohonan penempatan dilakukan. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan…
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B…
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor