Skip to main content

Berita

Jabatan Kejuruteraan Awam CeDS UTHM Kukuhkan Jalinan Strategik Bersama SMK Tun Mamat Sebagai Sekolah Angkat

Oleh Sr Nornajihah binti Mohammad Yazid, Ts Dr Aslila binti Abd Kadir
23 April 2025, 12:58 pm
Jabatan Kejuruteraan Awam CeDS UTHM Kukuhkan Jalinan Strategik Bersama SMK Tun Mamat Sebagai Sekolah Angkat

TANGKAK: Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan rasmi ke SMK Tun Mamat pada 23 April 2025. Lawatan ini bertujuan untuk menyerahkan watikah pelantikan rasmi sebagai sekolah angkat universiti serta membincangkan perancangan aktiviti bersama dan promosi program pengajian kepada pelajar Tingkatan 5.

Delegasi UTHM diketuai oleh Ts Dr Norhayati binti Ngadiman, Timbalan Dekan (Akademik) CeDS, yang turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Encik Mohd Atan bin Ali, Pengetua SMK Tun Mamat. Turut hadir, Ts Dr Aslila binti Abd Kadir, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam CeDS.

Dalam ucapan alu-aluannya, Encik Mohd Atan menyambut baik inisiatif ini dan menzahirkan komitmen pihak sekolah untuk bekerjasama rapat dengan UTHM dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan pelajar dan akademik.

Lawatan ini juga merangkumi sesi promosi dan perkongsian maklumat berkaitan program pengajian universiti kepada pelajar Tingkatan 5, sebagai persediaan ke arah pengajian tinggi. Diharapkan kerjasama ini dapat membina hubungan strategik yang berterusan antara UTHM dan SMK Tun Mamat, sejajar dengan aspirasi pendidikan tinggi negara yang lebih dinamik dan berdaya saing.