Berita
Lawatan Industri dan Ujilari Mesin Palet Arnab Mengikut Spesifikasi Terkini

BATU PAHAT: Sebagai inisiatif memperkukuh inovasi dalam penghasilan makanan ternakan, satu lawatan industri telah dilaksanakan ke Soon Seng Engineering Works oleh pasukan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bersama wakil teknikal serta rakan strategik daripada Komuniti Koperasi Hybrid Selatan Berhad. Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan ujilari terhadap mesin palet arnab yang dibangunkan berdasarkan spesifikasi teknikal terkini hasil kajian projek geran IMAP (A190).
Fokus utama ujilari ini adalah untuk menilai keupayaan mesin dalam memproses formulasi makanan arnab berasaskan daun hijau dan probiotik. Antara komponen kritikal yang diuji termasuk sistem penghantar bahan mentah, kebolehlarasan saiz dan struktur pelet, serta kecekapan motor elektrik dalam memampatkan bahan kepada bentuk silinder yang seragam.
Hasil ujilari menunjukkan mesin ini mampu menghasilkan pelet makanan arnab dalam kuantiti dan kualiti yang konsisten dan memberangsangkan, sebagaimana dibuktikan menerusi dokumentasi semasa operasi berlangsung.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara institusi penyelidikan dan industri, malah membuka potensi ke arah pengkomersialan teknologi makanan ternakan yang lebih mesra alam, mampan dan mampu menyumbang kepada peningkatan kesihatan serta produktiviti haiwan ternakan tempatan.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan…
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B…
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor